Ayam Percik

Bahan-bahan (Kuah)

1 ulas bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
2 sudu cili kisar
1 tin santan
1/4 sudu halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (Perap ayam)

1/2 ekor ayam
1/2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan putih

Cara-cara

    Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam dalam oven selama 40 minit dengan suhu 180 celcius.
    Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
    Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
    Masukkan santan, halba dan belacan. Kacau hingga sekata.
    Masukkan serai.
    Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
    Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

Ayam tu kalau tak nak bakar, boleh je panggang. Bahan-bahan untuk perap ayam pun terpulang pada citarasa masing-masing.

Resipi dr Pn Mimi Zaman
recipe for the percik as follows (my sukatan tak exact sbb I main campak2 je, qty ikut bnyk mana kuah yg i nak):-

Ayam (buang kulit) – marinate dgn the following ingredients yg telah ditumbuk: ginger, shallots, garlic (sikit aje), salt, sugar & ground tumeric (sikit je, just for colour); Perap ayam dlm 2 hrs or longer; Then roast in the oven for 1 hr 15 min or sampai elok masak at 200 deg C. Turn halfway.

Kuah :-

1) tumbuk shallots, ginger, cili kering & 1 sudu belacan; then add in sugar, salt & tomato sos
2) panaskan santan pekat (must stir, kalau tak dia pecah minyak!), then masukkan bahan (1) above and masukkan serai yg dititik dlm 2 or 3 batang; kecil kan api, and masak sampai pekat (kira2 boleh lekat pd ayam bila kita pour) and colour pun dah cantik brown. Keep stirring. Must taste, kalau ada rasa yg tak cukup, tambah aje.
3) then pour kuah pekat onto ayam panggang tadi and then, put in the oven for about 5 to 7 mins at 180 deg C, or until colour dia dah nampak lawa..