PLAU RICE - utk 3 to 3.5 pot kecik beras...
Bahan2
8-10 ketul ayam ( saiz kecil )
2 labu bawang merah ( dimayang )
1/2 cawan minyak ( boleh tambah kalau rasa kurang bila tumis bwg nnt)
10 helai daun kari
3-4 biji kentang ( belah 4 )
1 inci halia ( ditumbuk )
4 - 5 bawang putih ( ditumbuk )
1 sudu kecil jintan putih
3 kulit kayu manis 1/2 inci
6 bunga cengkih
10 biji lada hitam
1 sudu besar garam
Cara2nya
Tumiskan bawang merah sampai layu n jadi kaler brownish.
Masukkan halia dan bawang putih kacau sampai naik bau kemudian
masukkn garam, daun kari, jintan putih, kayu manis, bunga cengkih
dan lada hitam.
Masukkn ayam dan kacau sampai air ayam kering pastu masukkn
ubi kentang. Tambah kn air cukup untuk empukkn kentang.
Bila dah ok masukkan semuanya ke dalam rice cooker yg dah diisikan
beras yg telah dicuci bersih.
Tambahkn air ( agak2 utk masak 3 pot kecik )
Bila rice cooker click, tunggu 5 minit kemudian kacau nasi...pastu
tutup dan biarkan selama 15-20 minit.